• I

Friday 16 May 2014




Dalam menyelesaikan apa jua masalah terutama masalah pelajar bagi warga pendidik umpama Memadam Api; puncanya perlu dicari dan difahami, barulah sesuatu masalah itu dapat diatasi.

Itu lah guru yang sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat anak-anak muridnya


Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam"

Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman"( Imam Muslim )

Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;

قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

"Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya" (Imam Muslim)

Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.

Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas pandang terhadap amalan hambanya.


Wahai insan yang masih seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar. Doakanlah kebaikan untuk gurumu, ucapkanlah penghargaan dan terima kasih untuknya dan sapa dan bertanya khabarlah mereka bila bertemu. Percayalah, Semua itu amat mengembirakan hati mereka. Jadilah insan yang berterima kasih dan mengenang budi. Sesungguhnya sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya dia seorang yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah.

Pesanan buat guru-guru pelatih khususnya perlu diketahui bahawa guru bukan semata-mata sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah “pendidik”. Konsep pendidik dalam membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih menjurus kepada seorang yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperabadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, Tugas PENGAJAR banyak berlegar di “akal” tetapi tugas PENDIDIK berlegar di “hati”. Perumpaan yang boleh diketengahkan di sini ialah pengajar adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala pendidik adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh teoung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Maka atas semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada tahun ini “GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.


Guru pelatih acuan agama pemacu kepada pembangunan modal insan




Tuesday 13 May 2014

Bila Hati Berat Untuk Menulis


Beberapa menjak ini, saya seringkali mempunyai keinginan untuk menulis, berkongsi ilmu dan rasa dengan orang lain melalui penulisan di blog ini, namun seringkali juga merasa berat untuk menulis. Mengapa?

Saya akui, sekarang merupakan detik-detik yang agak sukar dalam hidup saya. Sebenarnya saya malu (takut) berhadapan dengan orang ramai, dek ketidakstabilan hidup saya sekarang ini. Banyak sebenarnya perkara yang berlaku yang menyebabkan saya merasakan berat sekali untuk menulis tentang hal yang baik-baik, kerana hidup saya boleh dikatakan 'tidak baik' sekarang ini.

Mungkin, ini adalah ujian daripada nasihat-nasihat saya dulu kepada orang lain. Dulu, saya ringan sekali dalam memberikan pandangan serta nasihat kepada orang-orang disekeliling saya. Memberi kata perangsang dan semangat. Jadi, mungkin sekarang Allah mahu uji, apabila kesusahan itu memberati diri saya, adakah saya mampu melakukan seperti apa yang saya nasihatkan dulu itu? Adakah saya mampu untuk membangkitkan semangat saya ketika pudar? Adakah saya benar dalam iman saya?

Sebenarnya yang patut menjadi penasihat terbaik buat diri kita, adalah diri kita sendiri. Selagi kita tidak mampu memberi harapan kepada diri kita sendiri bahawa kita mampu hadapi segala ujian dan rintangan yang mendatang, kita akan terus menerus menjadi lemah semangat serta tidak bermaya. Datangkanlah rombongan kaunselor dan therapist sekalipun, jika diri sendiri tidak mahu cuba melangkah lebih jauh ke depan, memang takkan ke mana.

Namun, apabila kita sudah dilanda kebuntuan dalam menyelesaikan masalah diri kita, jangan lupa bahawa di sekeliling kita, ada ramai yang sebenarnya bersedia untuk membantu. Kita cuma perlu berani meluahkan apa yang terbuku di hati. Janganlah kita malu untuk mengaku kelemahan sendiri dan tidak mahu berkongsi masalah hanya kerana mahu menjaga air muka. Akhirnya, masalah tidak selesai, air mata pun berderai.

Benar, merenung kembali ayat-ayat Allah adalah sangat penting dalam kita mahu menyelesaikan masalah dan kerungsingan dalam hidup kita. Contohnya, jangan berputus asa dengan rahmat Allah (Az-Zumar: 53), Allah tidak membebankan kita luar dari kemampuan kita (Al-Baqarah: 286), Allah akan beri jalan keluar dari masalah (At-Talaq: 2-3), ini semua ujian Allah untuk melihat keimanan kita (Al-Baqarah: 214) dan banyak lagi ayat-ayat memberi kita mesej bahawa dalam hidup ini, jangan pernah mengalah.

Tapi dalam kita meneliti ayat-ayat tersebut, jangan pula lupa dengan ayat yang berbunyi:

“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).”
(An-Nahl: 43)

Kita orang muda ni, sebenarnya masih mentah dalam liku-liku kehidupan ini. Kita selalu rasa yang bila kita dah baca macam-macam, kita dah tahu macam-macam. Padahal, semakin kita membaca, semakin kita membesar, kita patut sedar yang sebenarnya makin banyak perkara yang kita tak tahu. Dan mereka yang pernah dahulu melalui jalan kehidupan ini, pastinya tahu lebih banyak cabaran yang perlu dilalui dalam meraih kejayaan dan kebahagiaan. Maka, janganlah segan silu untuk bertanya tentang kehidupan kepada yang pakar iaitu mereka yang telah merasai sendiri pahit manis kehidupan.

Al-Quran itu ada tetaplah menjadi panduan. Tetapi manusia itu juga ada supaya kita dapat mengaitkan panduan Tuhan itu dengan kehidupan. Carilah mereka yang berpengalaman dalam hidup ini, kutip hikmah serta mutiara, supaya kita muncul semula sebagai juara!


http://inibukankerjagila.blogspot.com/2014/05/bila-hati-berat-untuk-menulis.html

Monday 12 May 2014

BERDOA MINTA PERTOLONGAN HENDAKLAH SEPANJANG MASA BUKAN KETIKA BERDEPAN MUSIBAH.


RAMAI yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah SWT. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah SWT.

Mereka bergantung kepada manusia dan berharap mendapat manfaat daripadanya sehingga melupakan kuasa Allah SWT yang memberi manfaat dan mudarat. Perbuatan sebegini boleh menyebabkan iman seseorang terjejas. Seolah-olah mereka hilang kepercayaan kepada Allah SWT, padahal Dialah yang menggenggam ubun-ubun setiap makhluk.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan cucunda Umar bin Al-Khattab, seorang warak, zuhud lagi alim bernama Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab. Kedua-duanya berada di Baitullah. Khalifah bertanya: “Apakah kamu mempunyai hajat kepadaku, wahai Salim?” Salim menjawab: “Wahai Sulaiman tidakkah engkau malu mengatakan itu padahal engkau berada di Baitullah? Kemudian Salim keluar dan Sulaiman menunggunya di luar Baitullah dan kembali bertanya: “Apakah kamu mempunyai keperluan kepadaku?” Salim bertanya juga: “Keperluan dunia atau akhirat, wahai khalifah?” Sulaiman menjawab: “Keperluan dunia.” Salim berkata: “Adapun tentang keperluan dunia, kepada yang memilikinya pun aku tidak pernah meminta, bagaimana mungkin aku memintanya kepada yang tidak memilikinya?

Kepada Allah SWT yang memiliki dunia dan segala isinya pun beliau tidak meminta kecuali untuk kepentingan akhiratnya saja, apatah lagi kepada manusia yang hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Begitu kuatnya hubungan orang mukmin kepada Allah SWT melebihi hubungan sesama manusia di dunia ini. Keyakinannya kepada Allah SWT terpacak kukuh dan tidak mungkin digoyah oleh kuasa apapun.

Orang mukmin berpegang kepada satu keyakinan, iaitu hanya kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’am: 17)

Apabila syaitan pernah meminta kepada Allah SWT dan permintaannya dimakbulkan, mengapa ramai manusia tidak yakin dengan doanya kepada Allah SWT seterusnya berhenti berharap, berputus asa daripada rahmat-Nya dan mencabut akar keyakinan daripada hatinya kepada Allah SWT? Sedangkan iblis diberi peluang, inikan pula manusia makhluk pilihan paling mulia. 

Sebagaimana yang terakam di dalam surah Al-A’raf: 14-15, maksudnya: “Iblis berkata: Beri tangguh kepadaku sampai waktu mereka (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”

Sehebat dan sekuat apapun, manusia tetap makhluk yang tidak berupaya melawan takdir-Nya. Dia memerlukan pertolongan Allah SWT, menyandar pada rahmat-Nya, bergantung hidup kepada limpah kurnia-Nya dan mengharapkan belas kasihan ketika menghadapi sebarang musibah.

Namun begitu, ada juga yang bergantung kepada Allah SWT ketika susah saja, jika sudah berakhir kesusahannya dia kembali berpaling. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12) 

Mengapa cepat sekali hati berubah? Sekejap ingat sekejap lupa, iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang dipakai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.” (Hadis riwayat Muslim) 

Perubahan iman yang berlaku sebegini pada asasnya disebabkan renggangnya hubungan manusia dengan Allah SWT, lemahnya keyakinan mengenai sifat-Nya dan kejahilan yang disengajakan. Secara sengaja mereka menolak kebenaran al-Quran dan Sunnah, berdolak-dalih mencari alasan untuk meninggalkan agama ke tepi. Pandai berputar belit menafikan ayat-ayat Allah dan semua itu dilakukan kerana mereka lupa siapa diri mereka sebenarnya. Jika mereka berpijak pada bumi nyata, mereka akan menghayati kelemahan diri. Mereka memerlukan Allah SWT untuk selamat sampai ke tujuan.

Jika mereka diliputi kesulitan hanya kepada Yang Maha Kuasa saja tempat bergantung. Apabila tiada lagi kekuatan dalam diri yang boleh menyelamatkan maka mereka menjerit mencari Tuhan Yang Maha Perkasa. Sebagaimana jeritan Qarun dan Firaun, kaum ‘Ad dan Tsamud. Sedangkan Nabi Musa merayu kepada Bani Israil setelah berkali-kali dikecewakan dengan kekufuran mereka:

Walau diri pernah ternoda oleh dosa dan maksiat, tetaplah berharap kepada Allah SWT. Sesiapa yang memutuskan hubungan dengan Allah maka dia akan terputus daripada kesenangan dunia dan di akhirat pula menanti azab yang kekal selama-lamanya. Doa dan harapan kepada Allah adalah senjata yang paling tajam untuk membunuh iblis dan syaitan. Doa seorang hamba melemahkan semangat iblis untuk menyesatkannya dari jalan Allah. Disebabkan tangisan, ketakutan, harapan dan cemas mengiringi doa seorang hamba membuat iblis berputus asa seketika.

Apatah lagi mendengar ketulusan seorang yang menyerahkan segala permintaannya menurut ilmu Allah SWT bukan menurut kehendak diri sendiri. Sebagaimana doa Nabi Nuh AS saat melihat darah dagingnya sendiri tenggelam ditelan banjir besar. Firman Allah yang bermaksud; “Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud ayat: 47)

Bolehkah kita menghadirkan sangka baik kepada Allah SWT dalam keadaan seteruk apapun dan mempersembahkan doa yang paling tulus? Belum terlambat untuk mengetuk pintu langit dengan bahasa yang paling indah dan lembut diiringi dengan harapan dan keyakinan kepada janji Allah SWT. Sesungguhnya tidak akan ditolak doa orang yang berpuasa. Amin ya Allah, ya rabbal ‘alamiin.

Thursday 20 February 2014




[Festival Kesyumulan Islam - Aku, Kopiah & Sukan]

Gandingan selebriti dan penceramah jemputan tip top iaitu Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Imam Muda Nazrul, Imam Muda Hizbur, Ustaz Muhammad Mujahid Darul Hadis & kumpulan D'Zikr bakal mewarnai atmosfera negeri Indera Kayangan.

Persatuan Guru Pelatih Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar membawakan kepada anda, Festival Kesyumulan Islam (FKI) eksklusif di Institut Pendidikan Guru Perlis. Ayuh meriahkan dan hadirkan diri ke program serta majlis ilmu sepanjang festival kali ini berlangsung.

*Sumbangan Dana & Infaq Amat Diperlukan*


Semua Dijemput Hadir | Masuk Adalah Percuma | Sebarkan Kepada Sahabat Anda | SHARE & LIKE Untuk Saham Akhirat ^^


Tuesday 4 February 2014





Hadits Tentang Pemimpin Memikul Tanggung Jawab

حديث عبد الله بن عمر رضي الله عنهما. ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: كللكم راع فمسؤل عن رعيته فالامير الذي على الناس راع وهو مسؤل عنهم. والرجل راع على اهل بيته وهو مسؤل عنهم. والمرأة راعية على بيت بعلها وولده وهي مسؤلة عنهم. والعبد راع على مال سيده وهو مسؤل عنه، الا فكلكم راع و كللكم مسؤل عن رعيته

- اخرجه البخارى فى 490 كتاب العتق: 17- باب كرهية التطاول على الرقيق

Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia kan diminta pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya.[1]




Dalam sejarah riyadhus shalihin dijelaskan, bahwa seorang wajib menegakkan keadilan dalam diri dan keluarganya, dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabnya. Adil dalam dirinya dengan tidak memberatkan pada sesuatu yang tidak dieprintahkan Allah, dia harus memperhatikannya hingga kepada masalah kebaikan, jangan memberatkan dan membebankannya terhadap sesuatu yang tidak mampu dilakukannya.

Demikian juga wajib bersikap adil bagi seorang suami terhadapkeluarganya. Seperti orang yang memiliki dua orang istri, ia wajib bersikap adil diantara keduanya. Dan wajib pula bersikap adil kepada anak-anaknya. Begitu pula bagi seorang istri yang juga seorang pemimpin dalam rumah suaminya. Baik dalam menjaga harta suaminya dan tidak menghambur-hamburkannya.[2]


Hadits Tentang Pemimpin Pelayan Masyarakat

حديث معقل بن يسار عن الحسن، ان عبيد الله بن زياد عاد معقل بن يسار فى مرضه الذي مات فيه، فقال له معقل: انى محدئك هديئا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من عبد استرعاه الله وعية فلم يحطلها بنصيحة الا لم يجد رائحة الجنة

- اخرجه البخارى فى 930 كتاب الاحكام: 8- باب من استرعى رعية فلم ينصح

Hadits ma’qil bin Yasar, dari hasan bahwasanya Ubaidillah bin yazid mengunjungi Ma’qil bertanya kepadanya: bahwasanya saya akan ceritakan kepadamu suatu hadits yang saya dengar dari Rasulullah saw saya mendengar nabi saw bersabda: “tidak ada seorang hamba yang diberi tugas oleh Allah untuk memelihara segolongan rakyat, lalu ia tidak melakukan sesuai dengan petunjuk, melainkan ia tidak memperoleh bau saya”[3]


Dalam syarah riyadhus shalihin yang dijelaskan oleh syekh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, wajib bagi seorang yang memegang tonggak kepemimpinan untuk bersikap lemah lembut kepada rakyatnya, berbuat baik an selalu memperhatikan kemaslahatan mereka dengan mempekerjakan orang-orang yang ahli dalam bidangnya. Menolak bahaya yang menimpa mereka. Karena seorang pemimpin akan mempertanggungjawabkan kepemimpinannya dihadapan Allah ta’ala.


.Saff Pimpinan baru Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) bagi sesi 2014/2015..

Siiru 'ala barakatillah...

Monday 3 February 2014

Surau dan Masjid Ibarat Jantung (Hati) Kampus



.:: Surau dan Masjid Ibarat Jantung (Hati) Kampus. Andai Degupannya Berhenti, Malapetaka Menanti ::.

"Kalau bukan kita yang imarahkannya, SIAPA LAGI?"

Bak kata 3 Ikon Agamawan terkenal tanah air:-


Ustaz Azhar Idrus,

"Siapa yang jahil agama, tak reti nak gi masjid, dengar kuliah, dia bodoh seperti lembu."



Ustaz Don Daniyal,

"Jika kita suka menunda-nunda solat, bererti kita menunda keperluan kita sendiri, kerana Allah juga akan menunda rezeki kita, menunda terkabulnya doa kita, menunda datangnya jodoh kita, tapi Dia tidak akan menunda datangnya Kematian."


Ustaz Kazim Elias,
"Orang yang hidup, tetapi tidak meletakkan ibadat sebagai asas maka di dunia dia rugi, di akhirat dia rugi, dan bangunlah dia di hari akhirat dalam keadaan buta mengadap Allah swt."


Sehari lima kali Surau Nurul Iman memanggil-manggil kita,
Surau Nurul Iman begitu merindui jemaah2 muslimin dan muslimat IPG Kampus Perlis.

Jom Solat Berjemaah Di Surau Nurul Iman

Mengimarahkan rumah ALLAH dapat pahala, Bila dapat pahala Allah pasti sayang, bila ALLAH sayang sudah tentu rahmat turun dengan melimpah-ruah.


pa?
sibuk? asgiment banyak? blablablaallalal, itu dan ini?
x da masa?

Andai kita Melapang masa untuk agama ALLAH, Insyallah ALLAH akan melapAng segala urusan kita. Hati akan tenang jika kita menghadiri majlis-majlis ilmu.

JoM pasang AzAm " saya boleh solat berjemah 5 waktu sehari di surau"

kalau x boleh pun cukup lah 1 kali solat berjemaah di surau sebagai titik permulaan untuk berubah. sikit2 lama2 jadi bukit juga kan3?


-------------------------------------------------------------->>>

Jom sama-sama imarahkan surau/masjid berhampiran anda. Bagi warga IPG Kampus Perlis kami menyeru untuk sama-sama mengimarahkan Surau Nurul Iman IPG Kampus Perlis. Tawaran yang disediakan adalah:

1- Solat berjemaah 5 waktu sehari semalam.
2- Al Ma'thurat jamai'e setiap kali selepas Solat Subuh & Asar.
3- Kuliah Maghrib hari Isnin & Selasa.
4- Bacaan Yaasin & Tahlil setiap hari Khamis (malam Jumaat).
5- Kuliah Dhuha pagi hari Jumaat.